BANJIR DATANG TANPA KITA DUGA…
Setiap kali hujan lebat turun berhari-hari, ada hati yang resah menanti, ada keluarga yang terpaksa berjaga malam kerana bimbang air naik menenggelamkan rumah mereka.
Kami di Pertubuhan Amal Prihatin Sabah sudah beberapa kali turun padang ketika bencana banjir melanda. Kami lihat sendiri bagaimana keluarga kehilangan segalanya dalam sekelip mata – tilam hanyut, makanan rosak, pakaian tinggal sehelai dua sahaja. Lebih menyayat hati, ada anak kecil yang tidur dalam kesejukan kerana tiada selimut, dan ada warga emas yang hanya mampu duduk di sudut rumah sambil menahan sebak.
Dari pengalaman lepas, kami bukan sekadar menghulurkan bakul makanan. Kami juga membantu mangsa dengan peralatan pembersihan selepas banjir surut – sebab kami tahu, cabaran sebenar bermula selepas air surut, bila rumah penuh lumpur dan bau busuk yang sukar dihilangkan.
Dengan sumbangan anda, kami akan teruskan usaha ini:
Menyediakan makanan dan keperluan asas untuk mangsa banjir.
Menyokong gerakan pembersihan supaya keluarga dapat kembali tinggal di rumah dengan selesa.
Setiap ringgit yang anda hulurkan adalah cahaya harapan untuk mereka.
Mungkin sumbangan anda nampak kecil di mata sendiri, tetapi sangat besar ertinya bagi mereka yang kehilangan segalanya.
“Sebesar mana pun sumbangan, pasti ada manfaatnya.”
#amalprihatinsabah
#BanjirSabah
#paps
PPM-017-12-13072017
Jumlah derma RM 500.00
Jumlah derma RM 100.00
dari RM 50,000.00
8 hari
Kongsikan Kempen